pejam celik da nak masuk tahun baru.
jangan xtau arini sememangnya tahun baru bagi kalendar islam hoke. awal muharam da ni cik kak. sape yang xtau arini 13 nov 2013 bersamaan dengan 9 muharram 1435 H sila ambil tau *cakap kat diri sendiri
cerita pasal tahun baru ni, jj termiss baca doa akhir tahun n doa awal tahun. padahal bukan main duk ingatkan hubby 'baca doa taw jgn luperrr' alih2 diri sendiri xingat! sedih kannn.. mane nak ingat kelam kelibut duk urus anak (macam anak ko sedozen lakk). xpela benda dah berlalu, semoga semuanya elok sentiasa n diriku diampunkan dosa pada tahun lalu n dilimpahkan rahmat pada tahun ini.. amin.
so, jj nk pastekan doa tu kat sini. next year xyah menggagau cari kat mr.google buka je entri ni n baca dengan lancarnya hekhekhek (lau hafal lg bagus kn) (ku hanya insan biasa yg xlari dari dosa *nyanyi lak)


meh, nak share sikit info pasal awal muharram:
Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan ‘Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.
esok adalah hari Asyura ok. jom kita beramal ibadah :)
No comments:
Post a Comment