Thursday, 12 April 2018

Vto ciast 2.0

It's the day, the reason why I continued writing..

Yippii, hakak dapat berita yang menggembirakan. Yes, hakak dapat ciast tu dikk. 💃 bila dah pasrah tetiba dapat pulak. Hakak xtau nak suke ke nak sedih.. sebab hakak dah termengandung anak no 3 ni chuols..

Agak2 apa hakak nak buat ni? Xamik sayang plak. Lau amik banyak nak kena diambil kira ni. Mampukah? 

Pendaftan bulan mei 2018. Ada lagi sebulan untuk akak prepare. Ya Allah permudahkanlah jangan engkau persulitkan. Doakan akak mampu harungi semua rintangan ini ya 😘

Senarai yang perlu dibuat:
Tangkap gambar.
Medical checkup.
Isi all the borang2 yang diprint.
Cari pengasuh anak.
Bayar yuran pendaftaran.
Buka akaun affin bank.

InayaAllah kita ok.

Keputusan temuduga vto ciast

Tunggu punya tunggu akhirnya keluarla keputusan temuduga hakak yang konfiden level tinggi tu kah!

Hariku xtenang selagi xdapat keputusan. Iyela sebab banyak yang kena diuruskan jikalau berjaya.

Pulang dari holiday, saat itu hakak mood hepi xsabar tengok keputusan. Alhamdulillah.... anda tersenarai sebagai calon simpanan 😭 xyah nangis sangat. Hakak sedih je. Tapi xpe, semua ada hikmah yang Allah dah tentukan bukan?

Maka, hakak teruskan hidup seperti biasa. Surirumah jaga anak 2. Yang sulung dah 5 thn. Sekolah suda. Yang kedua baru 2 tahun. Banyak mulut cik kak tu. Masih diberi nikmat untuk melihat anak membesar depan mata. Alhamdulillah syukur syukur.

Temuduga vto ciast

Bismillah.. entri pertama 2018 saya.

Rata-rata saya xjumpa lagi blogger yang kongsi pengalaman mereka ambil kursus vto di ciast shah alam. walaubagaimanapun, masih ada beberapa rujukan dari blogger untuk tips temuduga ya.

Saya akan kongsi pengalaman saya menghadiri temuduga vto di ciast pada
Tarikh: 30 okt 2017 (isnin).
Masa: 8.30-10.30 pagi
Tempat: kampus CIAST Shah Alam
Pakaian: formal, kemas

Pastikan salinan ic, spm, ijazah etc sudah disahkan. Bawa salinan asal semua sijil2 tersebut. Peringatan, sijil spm hendaklah yang original bukan yang slip ya tuan puan sekalian. Saya gigih pergi putrajaya ambil salinan asal bawa anak2. Ada bayaran dikenakan. Bertahun xpeduli salinan asal spm baru gagau bila nk iv vto ni kah!

Masa tiba di ciast saya segera ke kawasan yang telah di tetapkan. Ambil borang, isi dan tunggu arahan seterusnya. Bla bla bla.. beratur tunggu giliran untuk pembahagian bilik temuduga.

Tik tok tik tok lama juga nak sampai giliran. Saya sempat lari balik amik anak2 yang rindu mamanya. Setengah hari baru kah!

Giliran kami selepas waktu penemuduga berehat. Kami pun sempat melepaskan lelah seketika.

Jeng jeng jeng.. penemuduga ada 2. Masuk 5 orang per sesi secara serentak. Ramai juga calon. Saya konfiden tahap tinggi sikit sebab banyak pengalaman. Cewahhhh... santai2 saja sesi kami. Soal jawab. Siap. Ingin ditekankan disini, pastikan anda faham dengan mendalam apa itu vto, ciast dan tujuan anda mengambil ia. Gembira bukan kepalang semuanya telah selesai. Terus dapatkan suami dan anak2 yang setia menunggu. Balik.

Ada pertanyaan boleh inbox saya. Kelapangan saya jawab ye adik2 sekalian.